KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menggempur tiga kawasan panas lokasi tumpuan pendatang tanpa izin di sekitar ibu kota malam ini dan menahan 31 warga asing atas pelbagai kesalahan.
Operasi bermula pukul 9.30 malam itu berakhir pada 11 malam dengan menumpukan di kawasan panas sekitar pusat beli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Suria KLCC dan Pintasan Saloma.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, mereka yang ditahan berumur lingkungan 19 hingga 50 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 15(1) c Akta Imigresen 1963 kerana tinggal lebih masa dan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.
"Pendatang tanpa izin yang ditahan melibatkan seramai empat orang warga Indonesia, Bangladesh (lapan), India (enam), Pakistan (empat), Nepal (empat), Filipina (tiga) Afganistan dan Syria masing-masing seorang," katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan di KLCC, di sini, malam ini.
Seramai 42 anggota terlibat dalam operasi berkenaan selain dibantu empat petugas Jabatan Pendaftaran Negara.
Jafri berkata, operasi malam ini dijalankan hasil risikan selama seminggu susulan aduan awam berhubung kebanjiran pendatang tanpa izin di kawasan berkenaan.
"Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk tujuan dokumentasi," katanya.
Dalam pada itu, Jafri memberi amaran JIM akan terus meningkatkan operasi bagi memastikan ibu negara bebas daripada pendatang tanpa izin. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
Antara individu yang ditahan untuk pemeriksaan lanjut di menara berkembar KLCC pada Sabtu.
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Pusat beli-belah digempur, 46 pekerja warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 46 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di sebuah pusat beli-belah terkenal dekat Jalan Imbi.
31 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi di ibu kota
Operasi tertumpu di kawasan panas sekitar pusat beli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Suria KLCC dan Pintasan Saloma.
Sering mabuk dan ganggu penduduk wanita, 60 PATI ditahan
Operasi dijalankan hasil aduan orang awam yang mendakwa golongan wanita sering diganggu.